SelfCheckinOut

๐Ÿ“ Panduan Check-in Homestay

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk proses check-in yang mudah dan lancar.

1

Datang ke Lokasi Homestay

Sila menuju ke lokasi homestay menggunakan pautan Google Maps yang diberikan oleh owner. Pastikan anda tiba di alamat yang betul sebelum meneruskan proses check-in.

2

Masuk ke Lobby

Setelah tiba, masuk ke ruang lobby utama bangunan. Sila rujuk gambar di bawah sebagai panduan.

Lobby
3

Pergi ke P.O Box

Seterusnya pergi ke kawasan P.O Box yang terletak di lobby. Di sinilah kunci unit anda disimpan.

PO Box
4

Dapatkan Nombor Unit dan PIN

Hubungi owner untuk mendapatkan nombor unit dan nombor PIN P.O Box.

Contoh:
Unit: AC-03
PIN P.O Box: 2233

Masukkan PIN yang diberikan untuk membuka P.O Box dan mengambil kunci serta kad akses.

5

Ambil Kunci dan Kad Akses

Setelah berjaya membuka P.O Box, ambil kunci dan kad akses yang disediakan. Gunakan kad akses untuk memasuki lif dan menuju ke unit homestay anda.

Lift
6

Masuk ke Unit Homestay

Buka pintu unit menggunakan kunci yang diberikan. Setelah masuk, masukkan kad akses ke slot kad kuasa elektrik yang disediakan berhampiran pintu.

Lampu dan penghawa dingin akan berfungsi selepas kad dimasukkan ke dalam slot tersebut.

Slot Kad
Terima Kasih.
Selamat menginap di homestay kami. Jika memerlukan bantuan semasa penginapan, sila hubungi owner atau pihak pengurusan melalui nombor yang diberikan.