Tentang Kami

Kisah Perjuangan, Pengorbanan & Impian

Menyatukan komuniti homestay di seluruh Kelantan di bawah satu platform tempatan yang kukuh.

Logo Pertama HomestayDKB
🌱

Dari Permulaan Sederhana

Dengan sekelip niat dan harapan yang kecil, perjalanan kami bermula secara amat sederhana melalui satu unit pertama sahaja iaitu NikNoor Homestay Dviana di Apartment Viana Court, Wakaf Che Yeh. Gambar logo pertama di atas menjadi saksi dan tapak permulaan sebuah langkah panjang. Logo sentiasa digunakan untuk unit perintis pertama dan menjadi tapak akan datang, sehinggalah sekarang.

Berbekalkan kejujuran, layanan mesra, serta ikhtiar yang tidak seberapa, Niknoor Homestay mula mendapat sokongan dan bersama beberapa kawan strata berjuang bersama.

Logo Kegagalan Pertama
πŸ’”

Kegagalan Pertama & Ujian Berat

Namun, impian kami diuji dengan begitu getir. Tamparan hebat pandemik COVID-19 dan kejatuhan ekonomi pelancongan menyaksikan pintu-pintu penginapan kian sepi dan perniagaan rebah. Ditambah pula dengan kekurangan pengalaman kami serta strategi yang belum matang, percubaan pertama membina platform HomestayDkb.com ini akhirnya menemui jalan buntu.

Pedih rasa di dada apabila melihat usaha yang dibina hanyut ditiup taufan ujian, memaksa kami akur dengan kekangan dan kelemahan diri pada ketika itu. Kami Pasrah.

Homestay di Kota Bharu …

Logo Baru HomestayDKB
πŸš€

Bangkit Semula Dengan Keazaman Kental

Walaupun air mata dan keringat pernah gugur, kami enggan mengaku kalah! Kawan strata yang ikhlas sering bagi semangat untuk bangkit semula.

Hari ini, HomestayDKB.com berwajah baru hadir bersama impian yang lebih tinggi dan keazaman yang kental. Kami memperluaskan pasaran melalui gabungan pemasaran periklanan yang meluas, serta mengaplikasikan sistem OTA (Online Travel Agency) yang canggih setaraf platform antarabangsa seperti Booking.com, Agoda, dan lain-lain. Kami bangkit semula merangkumi pelbagai daerah di Kelantan dengan kelebihan unik:

  • Pemilik Bersama website ini milik semua Homestay di kelantan. Boleh sertai menjadi komuniti dan urus bersama.
  • Kawalan Penuh – Kita sebagai Pemilik Homestay boleh kawal harga, mendapat ruang iklan sendiri, & dan banyak lagi kelebihan.
  • Tiada Caj Melampau – Bebas potongan komisen tinggi, Bebas bayaran yang tinggi. Boleh bandingkan dengan platform luar seandainya kita masih meragui website kita ini.
  • Tiada Monopoli dan Kronisme – Sistem pengagihan tempahan yang telus dan adil, memberi peluang saksama kepada setiap pemilik. Rezeki datang dari yang Allah
  • Platform ini adalah milik kita bersama – Jika anda mempunyai bakat, semangat, dan kemahiran dalam pengurusan, pintu kami sentiasa terbuka untuk anda menyertai barisan Pentadbir (Admin). Marilah kita bergandeng bahu membina satu komuniti homestay yang sihat, adil, dan saling menyokong demi rezeki bersama.
πŸ’¬

β€œHari ini ekonomi amat mencabar. Industri homestay sedang merundung dan banyak unit penginapan kian sepi tanpa tetamu. Kami sendiri merasai pedihnya, namun kami memilih untuk terus bertabah.

Wahai rakan-rakan pemilik homestay di seluruh Kelantan… marilah kita bergabung tenaga di dalam laman web ini. Jangan lagi berjuang sendirian. Bila kita bersatu di bawah satu platform tempatan, suara dan rezeki kita akan lebih kuat.”

β€” En Nik Court Apartment & Hotel

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami tujukan kepada semua penaja dan pemilik unit yang telah memberikan sokongan, kepercayaan, serta kerjasama yang amat bernilai dalam menjayakan program ini. Tanpa sumbangan, komitmen, dan sokongan berterusan daripada semua pihak, pencapaian ini tidak mungkin dapat direalisasikan dengan begitu berkesan dan jayanya.

Pasukan Pengurusan & Rakan Kongsi

Penggerak utama di sebalik pembentukan komuniti Homestay Kelantan

Niknoor

Niknoor

Pengasas HomestaDKB
En Aziz

En Aziz

Penasihat
🀝

Dicari..

Rakan Kongsi / Barisan Admin
🀝

Dicari..

Rakan Kongsi / Barisan Admin

Peluang Kerjasama: Sertai Komuniti Homestay / Hotel Kami

Kami sentiasa mencari individu berdedikasi yang bersemangat tinggi dalam bidang perhotelan, keselesaan tetamu, dan perkhidmatan terbaik. Sertai pasukan kami dan menjadi sebahagian daripada persekitaran mesra yang sentiasa berusaha memberikan penginapan yang selesa, bersih, dan memuaskan bagi setiap tetamu.

Together, we create warm experiences.
Hubungi Kami Untuk Kerjasama
WordPress Market WooCommerce Pre-Orders WooCommerce PrePurchase Woocommerce Price by Customer and User Roles WooCommerce Price by Unit – Length, Area, Weight & Volume Calculator WooCommerce Print Invoices & Packing Lists WooCommerce Print Products (PDF) WooCommerce Private Store – Shop For Registered Users Plugin WooCommerce Product Accordion Addon For Elementor WooCommerce Product Add-Ons Woocommerce Product Addons | Custom Fields For WooCommerce